Profil Korporat

Idea Master Creation Sdn Bhd

Syarikat Idea Master Creation Sdn Bhd (950546-V) merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan kegiatan cetakan dan sulaman pakaian, serta cenderamata korporat. Sejak tahun 2008 dengan nama Idea Master Enterprise, pihak pengurusan syarikat telah memperkukuhkan jenama Idea Master sebagai sebuah pusat cetakan dan sulaman yang dikenali ramai. Kini, kami berbangga kerana produk keluaran kami telah dipasarkan ke seluruh Malaysia, dalam sektor kerajaan, swasta, organisasi luar dan juga individu persendirian. Malah, terdapat juga tempahan daripada luar negara yang mempercayai ketinggian kualiti produk keluaran kami.

Wawasan Syarikat
Memenuhi kehendak pelanggan dalam menawarkan pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat khas untuk sebarang majlis atau upacara kepada organisasi swasta mahupun kerajaan dengan harga dan kualiti yang terbaik.

Misi Syarikat
Untuk mencapai wawasan kami, kami percaya kualiti produk pihak perlu diutamakan.Oleh itu, setiap jenis pakaian yang dihasilkan akan diperiksa terlebih dahulu tahap kualitinya sebelum dihantar kepada pelanggan kami.

Objektif Syarikat
1. Menawarkan jenis pakaian serta cenderahati korporat khas dengan harga dan kualiti terbaik.
2. Mendapatkan pelanggan baru dari semasa ke semasa disamping mengekalkan pelanggan sedia ada.
3. Menjadi sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar.
4. Menjadi pembekal tetap untuk pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat khas di institut pengajian tinggi tempatan.